Terapi massage sangat sesuai digunakan sebagai terapi pelengkap untuk membantu mengurangkan simtom autistik. Kajian menunjukkan terapi massage sangat efektif membantu golongan autistik memperbaiki interaksi sosial, mengurangkan tingkah laku ulangan (stimming), mengurangkan emosi gelisah dan bimbang, meningkatkan fungsi pemprosesan deria, meningkatkan kesedaran terhadap badan sendiri, menstabilkan emosi serta meningkatkan fungsi kognitif pada kanak-kanak autistik.
Mengikut kajian, pakar mendapati bahawa terapi massage mampu memperbaiki sistem saraf kanak-kanak autistik. Massage adalah terapi yang sangat efektif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan aktiviti dan fungsi harian golongan autistik.
Teknik terapi massage yang digunakan untuk golongan autistik berbeza dengan massage tradisional. Teknik yang digunakan telah diubahsuaikan mengikut keperluan deria golongan autistik. Kajian saintifik menunjukkan terapi massage yang konsisten bukan sekadar berjaya membantu golongan autistik relaks, ia juga dapat mengubah suai tindak balas terhadap tekanan dan mengubah sistem saraf secara fizikal dan penyembuhan dari dalaman secara efektif dan selamat.
Terapi massage sangat membantu golongan autistik mengawal sistem saraf berada dalam keadaan lebih stabil dan bukan terlampau sensitif kepada sentuhan atau persekitaran luar. Kajian menunjukkan bahawa terapi massage yang kerap boleh menurunkan kortisol (hormon tekanan) sambil meningkatkan oksitosin (hormon ikatan), menggalakkan rasa selamat, tenang serta memupuk kasih sayang, empati, dan ikatan sosial golongan autistik.
Kajian juga melaporkan bahawa ramai kanak-kanak autistik menghadapi masalah propriosepsi, dimana mereka rasa badan mereka di angkasa dan bukan di darat. Terapi massage sangat efektif membantu meningkatkan kesedaran terhadap badan sendiri, menjadikan pergerakan terasa lebih terselaras. Ini amat berguna terutamanya untuk kanak-kanak autistik yang kelihatan lemah dalam pergerakan atau kerap terlanggar objek.
Di samping itu, terapi massage juga sangat efektif dalam meningkatkan kualiti tidur kanak-kanak autistik. Terapi massage memberikan pengalaman deria yang menenangkan dan rasa selamat. Ia boleh mengurangkan tekanan golongan autistik dan juga meningkatkan kualiti tidur. Ibu bapa sering melaporkan kurang masalah tidur selepas sesi massage yang konsisten.
Bagi kanak-kanak yang terlampau hipersensitif terhadap sentuhan, kami mengesyorkan anak-anak mereka bermula dengan sesi terapi massage yang lebih lembut dan jangka waktu yang lebih pendek sebelum meneruskan sesi massage yang penuh. Ia akan membantu anak-anak autistik membina kepercayaan terhadap ahli terapi massage dari masa ke semasa.
Terapi massage adalah teknik yang sangat efektif untuk menenangkan sistem saraf golongan autistik secara semula jadi. Hubungi kami untuk konsultansi percuma. Terima kasih.