Autistik (Keperluan Khas) terdapat 3 kategori utama. Autistik Tahap1, Tahap 2 dan Tahap 3.
Berikut adalah sebahagian tanda-tanda awal kemungkinan simtom autistik:
1. Lambat bercakap, masalah pertuturan.
2. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan.
3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat.
4. Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka cepat marah.
5. Mengelak bertentang mata ketika berbual dan gemar berseorangan.
6. Tidak menunjuk minat atau terlalu taksub terhadap sesuatu perkara.
7. Tingkah laku yang agak aneh atau mempunyai minat yang aneh.
8. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan.
9. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri.
10. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan.
11. Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan.
12. Terlebih aktif (Hyperactivity), sukar duduk diam.
13. Tidak memahami gurauan atau sindiran.
14. Terlalu takut (keresahan) atau tidak mempunyai perasaan takut.
15. Sering mengamuk, panas baran, mood yang kurang stabil.
16. Tabiat makan dan tidur yang agak berlainan (masalah tidur).
17. Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai.
18. Cenderung bertindak melulu.
19. Sukar untuk fokus.