Tahukah anda masalah adhd kanak-kanak dan dewasa boleh dirawat dengan terapi massage? Ibu bapa tidak semestinya bergantung kepada ubat sepenuhnya. Kajian menunjukkan terapi massage yang konsisten dapat mengurangkan simtom adhd dengan efektif dan selamat.
Menurut kajian, terapi massage yang konsisten terbukti membantu kanak-kanak ADHD dan juga orang dewasa ADHD menenangkan minda, menenangkan badan, dan mempengaruhi hormon pengawal mood seperti serotonin dan dopamin secara positif. Dopamin adalah neurotransmitter yang memainkan peranan penting dalam sistem ganjaran di otak. Bersama dengan pembelajaran, ingatan dan perkara lain-lain, ia disambungkan kepada perasaan yang menyenangkan. Serotonin ialah neurotransmitter dan hormon yang bantu dalam pengawalan emosi, masalah tidur, pembelajaran, dan ingatan.
Kajian menunjukkan bahawa terapi massage boleh meningkatkan tahap serotonin dan dopamin di otak secara semula jadi. Penambahan bahan kimia pengawal emosi ini boleh membantu mereka yang didiagnosis ADHD berasa lebih tenang, mengurangkan perasaan gelisah. Massage yang konsisten sangat membantu golongan yang didiagnosis ADHD mengekalkan kestabilan emosi dengan efektif.
Kajian menunjukkan terapi massage mengurangkan kegelisahan dan hiperaktif, samada kanak-kanak ADHD atau orang dewasa ADHD. Terapi massage terbukti dapat mengurangkan simtom hiperaktif dan impulsif. Terapi massage melalui sentuhan dapat memberikan input deria. Terapi massage dapat meningkatkan fokus dan perhatian dengan membantu menenangkan otak, mengurangkan simtom kurang fokus dan simtom tak boleh duduk diam.
Selain itu, terapi massage juga menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tingkah laku impulsif. Golongan ADHD boleh tidur dengan lebih lena selepas terapi massage. Kualiti tidur untuk golongan yang mendapatkan terapi massage adalah jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mendapatkan terapi massage. Terapi massage ini sangat penting disebabkan masalah tidur merupakan salah satu cabaran utama untuk kanak-kanak dan orang dewasa ADHD.
Dengan terapi massage yang konsisten, ibu bapa juga dapat perhatikan peningkatan kesedaran kanak-kanak ADHD terhadap badan diri sendiri. Massage membantu kanak-kanak berasa lebih tenang dan selesa dengan badan mereka, mengurangkan pergerakan yang tidak tenang. Ketahui lebih lanjut tentang terapi massage, sila hubungi kami, terima kasih.