Hubungi Kami
1

Didiagnosis sebagai autistik tahap 2 ASD, tanpa pertuturan (bukan kelewatan pertuturan).

Anak kami, Mei Mei (nama panggilan), telah didiagnosis autistik pada Disember 2023 di Jabatan Pediatrik Hospital Kerajaan. Sebelum itu, kami telah menerima surat rujukan daripada klinik pakar kanak-kanak swasta dan juga klinik kerajaan untuk diagnosis lanjut. Tanpa membuang masa, kami telah memutuskan untuk menghantar anak kami ke pusat EIP (Program Intervensi Awal) sejak April 2023 sebelum mendapat temu janji pakar hospital.

Pada Disember 2023, pakar hospital telah mendiagnosis anak kami dengan autistik tahap 2, tanpa pertuturan dan hiperaktif ringan. Dia didiagnosis sebagai autistik tahap 2 tanpa pertuturan dan bukan kelewatan pertuturan. Pada masa itu dia berumur 4 tahun 8 bulan. Kami sangat sedih dan bimbang waktu mendapat keputusan diagnosis anak kami.

Bermula dari April 2023, anak kami telah menjalani pelbagai jenis terapi seperti terapi cara kerja, terapi pertuturan, menghadiri program intervensi awal selama 2 tahun lebih. Di rumah, kami akan mempraktikkan kaedah dan mengikuti panduan yang kami belajar dari pusat terapi untuk membantu anak kami. Selain itu, kami juga mempelajari dan praktis pelbagai kaedah tambahan dari internet untuk membantu anak autistik kami di rumah.

Anak kami konsisten menghadiri terapi cara kerja, terapi pertuturan, intervensi awal di pusat terapi yang berbeza. Selain itu, kami juga berlatih secara konsisten di rumah bersama anak autistik kami dari April 2023. Walau bagaimanapun, peningkatan keseluruhan anak keperlulan khas kami tidak ketara selepas mencuba pelbagai kaedah secara berterusan selama 2+ tahun yang lalu. Laporan kemajuan dari pusat terapi cara kerja dan pusat intervensi awal memaklumkan anak kami cuma menunjukkan kemajuan dari segi perkembangan fizikal. Perkembangan dari pelbagai kategori seperti kognitif, komunikasi, sosial emosi dan tingkah laku adaptif semuanya kekal lemah.

Disebabkan kemajuan anak kami yang sangat perlahan, kami sebagai ibu bapa sangat prihatin dan memulakan kajian dan penyelidikan mengenai kaedah alternatif mulai Mei 2025. Kami mendapati bahawa terapi urutan (massage therapy) dapat membantu kanak-kanak keperluan khas bertambah baik secara ekfektif. Selepas mengkaji dan mencuba pelbagai cara massage tradisional, kami berjaya membangunkan satu set lengkap terapi urutan yang fokus kepada simptom kanak-kanak keperluan khas.

Kami menggunakan terapi urutan ini pada anak kami setiap hari sejak akhir tahun 2025. Dalam tempoh 6 bulan terapi urut, perkembangan anak kami sangat memuaskan dari pelbagai aspek. kemajuannya dalam masa 6 bulan ini jauh lebih baik berbanding dengan perkembangannya selama 2+ tahun yang lepas. Sebelum ini, anak kami hanya meningkat 20-30% dalam tempoh 2+ tahun lepas. Tetapi, selepas anak kami dirawat dengan terapi urut yang dibangunkan oleh kami, dia menunjukkan peningkatan yang ketara daripada keadaan sebelumnya.

Terapi urut kami memberi tumpuan kepada simtom utama kanak-kanak keperluan khas seperti perkembangan kognitif yang lemah, keupayaan pembelajaran yang perlahan, hiperaktif, impulsif, tidak bertutur, kelewatan pertuturan, emosi tak stabil, kesedaran tentang badan sendiri dan sebagainya.