KUALA LUMPUR: Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autistik meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini 2026, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, peningkatan hampir empat kali ganda dibawah kategori kanak keperluan khas itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat kini semakin tinggi dengan ibu bapa lebih peka, pengesanan awal lebih berkesan dan masyarakat semakin terbuka untuk mendapatkan diagnosis dan mulakan intervensi awal seperti terapi cara kerja.
Perkara paling penting untuk masyarakat faham adalah autistik bukanlah satu penyakit. Ia merupakan satu spektrum perkembangan neurologi dan memerlukan intervensi awal.
Apabila kita faham perkara ini, barulah kita dapat membuang stigma. Hakikatnya, golongan ini mempunyai bakat neurodiversiti yang unik dan mampu cemerlang dalam pelbagai bidang seperti sains, seni, dan teknologi," katanya menerusi hantaran di Facebook bersempena Sambutan Bulan Kesedaran Autisme.